,

,

Kamis, 20 Februari 2014

Sejarah Kuda Kepang Desa Sungai Langka

SEJARAH

      Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.

Pembuatan kuda kepang adalah dengan menggunakan buluh yang dianyam. Pada awalnya kuda kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu. Ianya biasa berwarna kitam dengan bulu berwarna kuning. Namun pengubahsuaian telah berlaku apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi menampakkan kuda semakin menarik. Kebiasaanya hiasan seperti ini adalah bagi tujuan persembahan diperingkat tinggi.


KOSTUM PENARI KUDA KEPANG 

Kostum merupakan salah satu unsur yang penting dalam persembahan kuda kepang. Menurut sejarah perkembangan kuda kepang di Malaysia khususnya di Johor, kesenian kuda kepang telah dibawa oleh penduduk yang berketurunan Jawa di Indonesia semasa berhijrah ke negara ini. Selain membawa kesenian kuda kepang, mereka juga membawa kebudayaan dalam bentuk pakaian Jawa. Pakaian tersebut digunakan sebagai kostum asas kepada persembahan kuda kepang.

Pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai ketopang atau tanjak dan memakai kain samping. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan menggunakan kain kempun iaitu batik jawa. Pada masa kini, tengkolok yang digunakan oleh penari kuda kepang menggunakan dua jenis tengkolok iaitu tanjak jawa mahupun tanjak Melayu. Kedua-dua tanjak ini dapat dibeakan melalui cara mengikatnya.


 

0 komentar:

Posting Komentar